suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hina Kesultanan Perak, MCMC Ambil Tindakan Tegas

Almarhum Sultan Azlan Shah

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan tegas terhadap portal berita pro-pembangkang yang dikesan memaparkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap Institusi Beraja, ketika kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah pada Rabu.

“Kami sedang bertindak mengesan individu-individu bertanggungjawab dan memohon orang awam yang mempunyai sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan MCMC dengan tampil memberikan maklumat.

“Kami memandang serius penghinaan sebegini dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan lunas undang-undang seperti diperuntukkan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata Pengerusi MCMC, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Rabu lalu, sebuah portal berita pro pembangkang telah memaparkan kenyataan menghina Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang mangkat pada hari sama,  dengan mengaitkan Almarhum dengan krisis politik di Perak beberapa tahun lalu.

Kenyataan itu mengambarkan Almarhum terlibat dalam kejatuhan kerajaan DAP-PKR-PAS di Perak.

Institusi Beraja, hina, MCMC, portal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain