suria

PAS Nafi Haron Din Bakal Keluar Parti

Datuk Haron Din
PETALING JAYA: PAS menafikan laporan bahawa Timbalan Mursidul Amnya, Datuk Haron Din akan meninggalkan parti.

Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar memberitahu The Star Online bahawa parti itu tidak pernah dimaklumkan bahawa pemimpin veteran itu mahu melepaskan jawatannya.

"Tak berlaku perkara seperti itu. Khabar angin itu telah berlaku sekian lama. Ia (khabar angin itu) sentiasa tersebar setiap kali ada pilihan raya," katanya, merujuk kepada pilihan raya kecil Teluk Intan yang akan diadakan Sabtu ini.

Pada Khamis, sebuah portal berita melaporkan bahawa Haron akan membuat pengumuman beliau akan melepaskan semua jawatan dalam parti pada mesyuarat agung PAS akhir tahun ini.

Laporan itu mencadangkan bahawa keputusan itu dibuat kerana Haron yang merosot, ditambah rasa tidak puas hati dengan beberapa polisi parti yang dibuat sejak akhir-akhir ini.

"Selain itu, beliau sering masuk dan keluar dari hospital dan telah dinasihatkan untuk berehat," kata laporan itu yang memetik sumber.

Haron tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.
Haron Din, PAS

Artikel Lain