Najib Bertemu Presiden China Xi Jinping - Semasa | mStar

Najib Bertemu Presiden China Xi Jinping

Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) bersalaman dengan Presiden China Xi Jinping di Rumah Tetamu Negara Diaoyutai di Beijing, Jumaat.
BEIJING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat bertemu Presiden China Xi Jinping di Rumah Tetamu Negara Diaoyutai di sini.

Najib dan Xi, yang diiringi beberapa menteri, mengadakan mesyuarat dua hala kira-kira sejam menyentuh pencapaian dan kemajuan kedua-dua negara sejak menjalin hubungan diplomatik 40 tahun lepas serta hala tuju masing-masing pada masa depan.

Dalam ucapan pembukaan, Xi meluahkan penghargaan di atas sambutan mesra yang diterima beliau ketika melawat Malaysia Oktober lepas dan menyampaikan sembah takzim kepada Yang diPertuan Agong Sultan Halim Muadzam Shah.

Xi turut menyentuh tragedi pesawat milik Malaysia Airlines Penerbangan MH370 dan berkata China akan terus membantu Malaysia dalam misi pencarian pesawat malang itu, yang hilang pada 8 Mac lepas bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 154 warga China.

"Kami harap kerjasama ini akan berterusan sehingga pesawat itu ditemui," katanya.

Najib, yang tiba di China pada Selasa, berkata beliau tidak sabar untuk melakukan lawatan itu kerana ia mengimbas kembali kunjungan bersejarah bapanya, Tun Abdul Razak, yang juga Perdana Menteri Kedua Malaysia, ke Beijing 40 tahun lepas.

"Saya sudah lama menantikan lawatan ini kerana ia memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik. Saya harap lawatan ini akan memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara," katanya.

Pada 1974, Allahyarham Tun Abdul Razak memulakan satu era bersejarah apabila beliau menjalin hubungan dua hala dengan China, ketika negara itu masih mengamalkan dasar tertutup kepada sebahagian besar dunia.

Malaysia adalah negara Asean pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan China sewaktu era Perang Dingin pada 1960-an dan 1970-an.

Najib turut memberi jaminan bahawa Malaysia akan meneruskan usaha mencari pesawat MH370 dengan bantuan China, Australia dan negara lain.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman; Duta Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron serta Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Xi Jinping

Artikel Sebelum

Hadi Awang Dikejarkan Ke Hospital

Artikel Berikut

Tiada Pelepasan Cukai Untuk Plat G1M

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL