suria

Polis Siasat Motif Pembunuhan Kanak-Kanak Tanpa Kepala

Operasi mencari suspek yang dikatakan lemas di Sungai Klang diteruskan pada Jumaat.

KUALA LUMPUR: Pihak polis masih menyiasat motif pembunuhan seorang kanak-kanak berusia lebih kurang dua tahun enam bulan yang dibunuh berhampiran dengan Stesen KTM Jalan Tun Sambathan pada Khamis malam.

Menurut kenyataan pihak polis bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (JSJ KL), pihaknya telah menerima laporan dari orang awam yang memberitahu ternampak seorang lelaki sedang cuba untuk melemaskan seorang kanak-kanak di tepi Sungai Klang.

Susulan daripada maklumat itu, sepasukan polis yg tiba di tempat kejadian telah menemui seorang kanak-kanak berada dalam keadaan tertiarap lengkap berpakaian, mengalami cedera parah dibahagian belakang kepala pecah akibat hentakan dan kepalanya terputus dari badan. 

"Turut ditemui ditempat kejadian pecahan seramic bersama kesan-kesan darah dan sepasang selipar disyaki milik suspek. Pihak polis yang dimaklumkan mengenai kejadian ini telah menjalankan gerakan pencarian ke atas lelaki yang dimaksudkan. 

"Siasatan ditempat kejadian, pihak polis berjaya mengesan pergerakan mangsa yang diekori oleh seorang lelaki berkulit gelap yang bertanggung jawab melarikan kanak-kanak tersebut. 

"Usaha mengesan suspek yg dipercayai lemas di Sungai Kelang masih diteruskan oleh pihak polis bersama-sama bantuan pihak Bomba Dan Penyelamat , Dewan Bandaray Kuala Lumpur (DBKL) dan dari Jabataan Pertahanam Awam Kuala Lumpur, " menurut kenyataan itu.

Gerakan pencarian dihentikan pada malam kejadian disebabkan keadaan cuaca semakin gelap. 

Kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Sementara itu, polis telah berjaya  mengesan ibu mangsa berusia 32 tahun, tidak mempunyai pekerjaan dan hidup secara gelandangan di Bandaraya Kuala Lumpur. 

Keterangan ibu mangsa menyatakan semasa melepak bersama rakannya di Tingkat 4 pusat membeli belah Kotaraya  pada jam 3 petang, ibu mangsa telah pergi ke tandas, sambil meminta kawannya yang ada bersama melepak untuk mengawasi anaknya. 

Sebaik keluar dari tandas, ibu mangsa mendapati anaknya telah tiada bersama-sama rakan itu. 

Mereka cuba mencari kanak-kanak tersebut, namun gagal.

bunuh kanak-kanak, tanpa kepala

Artikel Berikut

Artikel Lain