Nga Tercedera 'Tendangan' Tak Menjadi - Semasa | mStar

Nga Tercedera 'Tendangan' Tak Menjadi

Nga Kor Ming
TELUK INTAN: Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming terseliuh pergelangan kaki selepas cuba menendang buku kecil ketika menyampaikan ceramah di atas pentas di Taman Perindustrian Anson pada Isnin.

Nga mengeluarkan buku kecil tersebut yang mempromosikan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong dan melambungkannya ke udara sebelum melompat untuk menendang buku dengan kaki kirinya.




Beliau kemudiannya terjatuh di atas kaki kanannya dan tindakan itu telah mencederakan bahagian pergelangan kaki. Nga kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan.

Ketika dihubungi pada Khamis, Nga berkata beliau berada di Kuala Kangsar untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Perak.

"Saya telah pulih," katanya.

Mah akan berdepan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam pertandingan satu lawan satu dalam pilihan raya kecil itu pada Sabtu berikutan kematian penyandang Seah Leong Peng awal bulan ini akibat kanser.

Nga Kor Ming , DAP Perak , cedera

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Neymar terus kekal di PSG?