suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sembilan Individu Disyaki Militan Ditahan

Salah seorang suspek yang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam gerakan militan pada Selasa.

PETALING JAYA: Cawangan Khas (Bahagian Anti Pengganas) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menahan sembilan individu yang disyaki terlibat dengan aktiviti militan di negara ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kenyataannya berkata, , kesemua mereka yang ditangkap di beberapa lokasi yang berasingan iaitu di Kedah dan Selangor, dalam lingkungan umur di antara 22 hingga 55 tahun.

Antara suspek yang ditahan polis kerana terlibat dalam gerakan militan.

"Kesemua individu terbabit disyaki terlibat dalam kumpulan militan yang bertanggungjawab merancang perbuatan ganas di dalam dan di luar negara.

"Mereka turut disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas yang beroperasi di luar negara," katanya.

Tambahnya, sebahagian daripada individu yang ditahan dikesan telah menjalani perjumpaan sulit bagi memantapkan ideologi militan, mengumpul dana dan latihan ala ketenteraan sebagai persiapan untuk melakukan keganasan.

Antara suspek yang ditahan polis kerana terlibat dalam gerakan militan.

Mereka ini ditahan kerana melakukan kesalahan dibawah VIA kesalahan berkaitan dengan keganasan, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574) dan kesemuanya disiasat mengikut prosedur dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Akta 747).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain