suria

PM Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-80 TLDM

Sambutan Hari TLDM Ke-80 di Lumut, Ahad

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat ulang tahun ke-80 kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

"Angkatan TLDM telah berkhidmat dan berkorban demi tanah air selama lapan dekad. Selamat menyambut ulang tahun ke-80 kepada perajurit kita," katanya di laman Twitter beliau, Ahad.

TLDM merupakan salah satu cabang Angkatan Tentera Malaysia yang bertanggungjawab ke atas operasi pengawasan dan pertahanan maritim negara.

Ia ditubuhkan kerajaan British pada 1934 dengan gelaran Malayan Naval Forces (MNF) untuk membantu mempertahankan kawasan perairan Tanah Melayu ekoran perkembangan dan pergolakan politik di Asia pada masa itu.

MNF kemudian dikurniakan gelaran 'Diraja' oleh Ratu Elizabeth II pada 1952 menjadi Royal Malayan Navy (RMN) atas perkhidmatan cemerlang ketika darurat, sebelum diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958.

RMN dinamakan sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia pada 16 September 1963, setelah pembentukan Malaysia. 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain