suria

Obama Tiba Di Putrajaya Adakan Perbincangan Dengan Najib

Najib dan Obama bersalaman selepas Presiden Amerika Syarikat itu tiba di Seri Perdana, Putrajaya. Foto AP

PUTRAJAYA: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama tiba di Seri Perdana di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan pada Ahad untuk mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketibaan beliau di kediaman rasmi Perdana Menteri itu disambut mesra oleh Najib.

Kedua-dua pemimpin kemudian meluangkan masa sebentar untuk sesi bergambar. 

Najib dan Obama akan mengadakan pertemuan empat mata sebelum menghadiri mesyuarat dua hala bersama-sama delegasi masing-masing dan diikuti dengan majlis makan tengah hari.

Sidang akhbar bersama akan diadakan selepas mesyuarat itu selesai.

Obama tiba di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan bersejarah selama tiga hari dan diberikan sambutan rasmi di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia.

Lawatan ke Malaysia adalah sebahagian daripada lawatan Obama ke empat negara di Asia, julung kali oleh presiden AS yang memegang jawatan dalam tempoh 48 tahun selepas lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.

Sebelum ke Malaysia, presiden ke-44 AS itu melawat Jepun dan Korea Selatan. Beliau akan meneruskan lawatan ke Filipina pada Isnin.

Menteri Luar Malaysia Anifah berkata, lawatan presiden AS itu menandakan bermulanya peningkatan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat kepada sebuah

perkongsian komprehensif.

Artikel Berikut

Artikel Lain