suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jalan Kawasan Bukit Bintang Ditutup Untuk Baiki Lubang Benam

Seorang pekerja memeriksa keadaan jalan yang mendap di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Laluan Jalan Bukit Bintang (menghala Jalan Tun Razak) antara Chulan Square dan Persimpangan Jalan Tun Razak ditutup hari ini kepada trafik bagi melancarkan kerja membaiki lubang benam.

Mass Rapid Transit Corporation dalam kenyataan pada Ahad berkata lubang benam itu dikesan kira-kira 9.35 malam Sabtu, di lorong paling kanan Jalan Bukit Bintang (menghala Pavilion) bersebelahan Menara Worldwide dan stesen Shell.

Dua lagi lorong paling kanan turut ditutup untuk kerja baik pulih itu. 

Menurutnya, lubang benam itu turut menyebabkan gangguan bekalan air sementara ke Bangunan LTAT, Menara Worldwide dan Yayasan Tun Razak berikutan kerosakan pada tiga paip, bagaimanapun Syabas telah dipanggil untuk melakukan kerja pembaikan malam Sabtu dan bersambung pada Ahad.

Sementara itu, laluan kontra trafik diwujudkan iaitu trafik dari Bukit Bintang menghala Jalan Tun Razak akan dilencongkan ke dua lagi lorong Jalan Jalan Bukit Bintang manakala trafik dari Jalan Tun Razak menghala kawasan Bukit Bintang dilencongkan ke Jalan Eaton. 

Menurut kenyataan itu, beberapa jalan di kawasan Bukit Bintang turut ditutup sempena lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MRT di www.mymrt.com.my atau www.mymrt-underground.com.my, Twitter @MRTMalaysia atau  @MyMRTUnderground,

Facebook @MRTMalaysia atau hubungi hotline 1800-82-6868.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Obama Lawat Masjid Negara

Artikel Lain