suria

Hari Terbuka KLIA2 Bermula

SEPANG: Orang ramai dipelawa meninjau kemudahan di lapangan terbang baharu, klia2 di sini pada Hari Terbuka terminal penerbangan tambang rendah itu yang bermula hari ini hingga 2 Mei.

Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Tan Sri Dr Wan Aziz Wan Abdullah berkata bas dan pemandu pelancong MAHB disediakan untuk membawa pengunjung melawat kawasan terminal termasuk kawasan jambatan udara (skybridge)
dan merasai sendiri proses pelepasan dan ketibaan.

Pas menaiki pesawat olok-olok akan diberikan sebagai cenderahati kepada pengunjung semasa pendaftaran, katanya kepada pemberita sebelum pelancaran Hari Terbuka klia2 hari ini.

Perkhidmatan bas juga disediakan untuk membawa orang ramai dari tempat letak kereta D ke terminal dan dari KLIA dan LCCT-KLIA setiap setengah jam dari 9 pagi hingga 5 petang, katanya.

Terdapat 5,500 petak letak kereta di kawasan D.

Maklumat lanjut mengenai klia2 boleh diperolehi di http://www.klia2.info/.
KLIA2, hari terbuka

Artikel Lain