suria

Lebih 10,000 Ayam Mati Terbakar

KUALA LUMPUR: Lebih daripada 10,000 ayam mati dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah reban ayam berhampiran ladang kelapa sawit dekat Lorong Setia 2, Kuang pada pagi Sabtu.

Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima aduan daripada orang ramai sekitar pukul 7.30 pagi dan kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira sejam kemudian.

Pemilik reban dan orang ramai dilihat keluar masuk ke kawasan kebakaran bagi menyelamatkan ternakan berkenaan.

"Api memusnahkan kira-kira 70 peratus daripada reban dua tingkat itu. Tiada sebarang kecederaan berlaku.

"Pemilik berkata mereka berjaya menyelamatkan kira-kira 500 ekor ayam namun kira-kira 10,500 ayam lagi gagal diselamatkan." kata Mohd Sani.

Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas.
Ayam Mati, Reban Ayam Terbakar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain