suria

Konstabel Polis Cedera Secara Tidak Sengaja Ditembak Rakan Sekerja

KOTA KINABALU: Seorang konstabel polis cedera selepas rakan sekerjanya secara tidak sengaja menembaknya ketika kedua-dua mereka bersiap sedia untuk membuat rondaan pada waktu malam.

Konstabel berusia 25 tahun itu ditembak di dada dan kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata kejadian itu, yang berlaku di kawasan Balai Polis Luyang pada kira-kira 7.15 petang Selasa adalah satu kemalangan.

Walau bagaimanapun, polis sedang menyiasat kes itu. 

"Koperal berusia 34 tahun yang secara tidak sengaja melepaskan tembakan dalam kejadian itu telah disoal dan disiasat di bawah seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya pada sidang akhbar di sini pada Rabu.
Jauteh Dikun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain