suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Pekerja Kilang Parah Bas Rempuh Treler

Keadaan bas yang merempuh treler di Plaza Tol Taman Sejati Indah, Sungai Petani, petang Selasa.
SUNGAI PETANI: Empat pekerja kilang parah dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas dan lori di susur keluar Sungai Petani Selatan berdekatan Plaza Tol Taman Sejati Indah, di sini Selasa.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.40 petang, semasa bas kilang yang membawa 15 penumpang dari Pulau Pinang itu keluar dari susur berkenaan sebelum hilang kawalan dan merempuh belakang sebuah treler yang bergerak perlahan di bahu jalan.

Semua mangsa yang parah kini dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut.

Kejadian tersebut mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di Lebuh Raya Utara-Selatan dari Bertam, Kepala Batas menghala ke arah utara.

Artikel Sebelum

Nelayan Mati Bersujud

Artikel Lain