Rundingan Struktur Semula Air Selangor Di Peringkat Akhir - Semasa | mStar

Rundingan Struktur Semula Air Selangor Di Peringkat Akhir

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili merasmikan Pejabat Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia Cawangan Sabah (SEDA) cawangan Sabah pada Selasa. Turut sama Pengerusi SEDA Malaysia Datuk Dr. Yee Moh Chai (dua, kanan). -fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Rundingan terhadap perjanjian persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri air di Selangor kini dalam peringkat akhir.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata sebaik sahaja perjanjian itu ditandatangani antara kerajaan Selangor dengan empat syarikat terlibat, projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) akan dimulakan.

"Sebaik sahaja semua yang berkenaan menandatangani MoU ini, projek LRAL2 akan bermula secara keseluruhan, daripada pembinaan loji rawatan ke kolam imbangan dan pengagihan.

"Ini untuk persediaan jangka masa panjang. Rundingan ini sudah lama tertangguh," katanya kepada pemberita selepas membuka rasmi Pejabat Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Cawangan Sabah di sini pada Selasa.

Melalui MoU yang ditandatangani pada 26 Feb lepas, kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran kepada pihak kerajaan pusat untuk merancang pembinaan projek LRAL2 di negeri itu.

Sebagai tambahan, kerajaan Persekutuan bersedia menyuntik dana untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dan seterusnya membenarkannya menguruskan perkhidmatan bekalan air di Selangor melalui sebuah syarikat milik kerajaan negeri.

Empat syarikat berkenaan ialah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash).
Langat 2 , Air Selangor

Artikel Sebelum

Selangor Digesa Beli Air Terawat

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?