suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

NGO Lapor Akaun FB Hina PM, Polis

Abdul Rani Kulup Abdullah (dua dari kanan) mewakili tiga NGO yang membuat laporan polis

KUALA LUMPUR: Tiga badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung penemuan akaun Facebook yang menghina kepimpinan negara dan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi di sini, Selasa.

Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, laporan itu dibuat bagi meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit yang menghina kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pasukan polis.

"Individu terbabit yang menggunakan nama "Conspiracy Cavalera" itu mengaibkan Perdana Menteri serta menteri kabinet dalam gambar yang dimuat naik di laman sesawang berkenaan," katanya di sini.

Selain itu tindakan tegas harus diambil ke atas seorang individu yang hanya dikenali sebagai "Afiq Gen'ji" yang telah memaki hamun polis dengan ayat yang amat biadab, katanya.

"Kami meminta Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta pihak polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit," katanya.

Ketua Polis Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Perdana Menteri, Facebook, gambar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain