Pemandu Teksi Jumpa Janin Dalam Beg Plastik - Semasa | mStar

Pemandu Teksi Jumpa Janin Dalam Beg Plastik

Gambar Hiasan

KAJANG: Pemandu teksi berusia 32 tahun menemui janin yang dipercayai berusia enam bulan dalam beg plastik di Sekolah Agama Rakyat Taman Delima, dekat sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pemandu teksi itu menurunkan penumpang di sebuah masjid dalam kawasan sekolah itu apabila terlihat bag berkenaan.

“Lelaki itu melihat ke dalam beg itu dan mendapati ada janin didalamnya sebelum menghubungi polis,” katanya.

Ab Rashid berkata, siasatan awal mendapati janin itu dipercayai dilahirkan kurang empat hari lalu.

“Kami masih menyiasat kes ini mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya sambil menambah bedah siasat dilakukan di Hospital Serdang.

Selain itu dalam kejadian berasingan, seorang bayi berusia empat bulan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia selepas ditempatkan di rumah pengasuhnya, awal pagi Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah berkata, setakat ini siasatan tidak mememui tanda berlaku penderaan terhadap bayi itu, bagaimanapun masih menunggu keputusan bedah siasat.

Beliau berkata, keterangan pengasuh akan dirakamkan sebaik menerima laporan bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak.

janin , pemandu teksi , beg plastik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel