suria

Muhyiddin Terima Kunjungan Tujuh Ketua Perwakilan Negara

Muhyiddin (tengah) bergambar kenangan bersama lima Duta Besar dan dua Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang baru dilantik ketika menerima kunjungan hormat di pejabat beliau di Bangunan Parlimen pada Rabu. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu menerima kunjungan hormat lima duta besar dan dua pesuruhjaya tinggi Malaysia ke luar negara yang baru dilantik.

Pertemuan itu berlangsung di pejabat timbalan perdana menteri di bangunan Parlimen di sini.

Lima duta besar berkenaan ialah Mohamad Sadik Kethergany yang ditugaskan di Hungary, Norman Muhammad (Turkmenistan), Mohd Tarid Sufian (Algeria), Raja Nushirwan Zainal Abidin (Iran) dan Zakri Jaafar (Jordan).

Dua pesuruhjaya tinggi itu ialah Mat Dris Yaacob (Afrika Selatan) dan Cheong Loon Lai (Ghana).

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada mereka di Istana Negara bulan lepas.


Muhyiddin, Istana Negara

Artikel Lain