suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

VCD, DVD Cetak Rompak Bernilai RM25,000 Dirampas Di Pulau Tikus

Abdul Rosik (dua, kanan) menunjukkan sebahagian daripada 3,500 keping VCD dan DVD cetak rompak bernilai RM25,000 yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah lot kedai di Midlands Park, Pulau Tikus. Foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Sebanyak 3,500 keping VCD dan DVD cetak rompak bernilai RM25,000 dirampas dalam serbuan Bahagian Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang di sebuah premis di Midlands Park, Pulau Tikus.

Ketua Pegawai Penguat kuasa negeri Abdul Rosik Yakub berkata, serbuan pada pukul 2.20 petang Ahad itu adalah hasil risikan selama seminggu.

Barangan lain yang turut dirampas ialah sebuah mesin penyalin atau 'burner' yang dapat memproses 11 filem berlainan dalam tempoh 20 minit, peralatan mencetak dan komputer, katanya dalam sidang akhbar di sini, Rabu.

Abdul Rosik berkata, VCD serta DVD cetak rompak filem antarabangsa itu dijual dengan harga RM8 hingga RM10 sekeping selain turut dipasarkan ke negeri-negeri utara.

Beliau berkata, pihaknya sedang memantau lebih 50 premis menjual serta memproses VCD dan DVD di seluruh negeri itu terutama di kawasan Seberang Perai dan akan bertindak jika terdapat bukti kukuh yang menunjukkan mereka terlibat dalam kegiatan cetak rompak.

dvd, vcd, cetak rompak, kpdnkk

Artikel Lain