suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 Jalan Maut Dikenal Pasti Di Ibu Negara

KUALA LUMPUR: Jalan Kepong, Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2), Jalan Tun Razak, Jalan Cheras, Jalan Ipoh dan Jalan Kuching adalah antara 10 jalan utama di ibu negara yang dikenal pasti sebagai jalan maut (hot spot) berikutan kekerapan kemalangan sejak Januari lepas.

Empat yang lain ialah Jalan Klang Lama, Jalan Ampang, Jalan Duta dan Jalan Loke Yew, kataPegawai Turus Siasatan dan Perundangan cawangan Trafik Kuala Lumpur DSP Abdullah Roning.

"Reka bentuk jalan yang tidak sesuai dan penggunaan oleh kenderaan ketika waktu puncak adalah antara punca kekerapan kemalangan di jalan berkenaan," katanya dalam sidang media di sini, Rabu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Muhammad Heeza Hassan yang turut hadir pada sidang media itu berkata JKJR akan membuat kajian terperinci mengenai 10 jalan itu.

Menurut statistik Polis Trafik Kuala Lumpur, jumlah kes kemalangan dari Januari hingga Oktober tahun ini di seluruh ibu negara termasuk di 10 jalan itu ialah 52,908 kes, 190 daripadanya kes kemalangan maut.

Bagi tempoh sama tahun lepas, sebanyak 50,176 kes kemalangan dilaporkan, 202 daripadanya kes maut. - BERNAMA

Artikel Lain