Suspek Kes Rompakan Di Brickfields Guna Kad Pengenalan Individu Lain - Semasa | mStar

Suspek Kes Rompakan Di Brickfields Guna Kad Pengenalan Individu Lain

KUALA LUMPUR: Seorang penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian rompakan di sebuah rumah di Jalan Persiaran Syed Putra, Brickfields pada Ahad didapati menggunakan kad pengenalan orang lain.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata siasatan mendapati kad pengenalan itu diperoleh dalam satu kejadian rompakan di Kelana Jaya kira-kira pukul 2.40 pagi semalam sebelum suspek merompak rumah di Brickfields itu bersama dua rakannya.

"Setakat ini kita belum dapat mengenal pasti siapa yang mati itu kerana suspek yang berusia 20-an itu meletakkan dokumen terbabit di dalam dompetnya.

"Bagaimanapun kita akan menyemak identitinya dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam waktu terdekat ini," katanya kepada media sebelum melancarkan operasi ke atas pengawal keselamatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini Isnin.

Rompakan di Brickfields itu berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi di kediaman seorang pengurus syarikat.

Seorang daripada tiga suspek itu dilapor turut mengacu pistol kepada mangsa yang berusia 30 tahun itu ketika mereka membawanya keluar dari rumah itu bagi membuka pagar automatik untuk melarikan diri.

Namun pada masa yang para penjenayah itu menyedari kehadiran polis di situ dan terus melepaskan tembakan kepada polis.

Polis terpaksa membalas tembakan sebelum dua daripada penjenayah itu rebah manakala seorang lagi berjaya meloloskan diri dengan sejumlah wang tunai dan barang kemas milik keluarga pengurus itu.

Seorang penjenayah yang berusia sekitar 20-an itu meninggal dunia akibat terkena tembakan di kepala manakala rakannya yang berusia 33 tahun cedera di dada.

Khairi berkata suspek yang kritikal itu dilapor sudah stabil dan keterangan akan diambil daripadanya.

Beliau berkata kereta BMW yang digunakan dalam kejadian itu dipercayai merupakan milik mangsa rompakan di Kelana Jaya.

Sementara itu beliau berkata pihak polis tidak menolak kemungkinan kebakaran stor tempat menyimpan barangan rampasan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di Laman Rimbunan, Kepong pada Ahad disebabkan perbuatan khianat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Suami Isteri Jual Air Ketum Diberkas

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?