suria

Kemenangan Muhammad Khalil Bukan Atas Pengaruh Saya - Abdul Hadi

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan kemenangan anaknya, Muhammad Khalil bukan atas dasar pengaruh beliau sebagai presiden parti.

"Bukan...saya tak berkempen sepatah apapun.

"Semua pemuda anak-anak saya, tiada anak keturunan, baka itu anak dalam parti, " katanya sambil berseloroh.

Muhammad Khalil yng juga wakil tunggal kumpulan ulama,dipilih sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pada pemilihan kepimpinan baharu sayap parti itu pada Khamis dengan memperoleh 355 undi.

Kemenangan itu sekaligus menggagalkan usaha bekas Naib Ketua Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob dari kumpulan profesional untuk menguasai tiga jawatan tertinggi sayap PAS itu.

Raja Ahmad Iskandar yang juga Ketua Pemuda PAS Perak mendapat 282 undi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain