suria

Bekas Adun Teratai Saman Timbalan Pengerusi DAP

Jenice Lee
Jenice Lee
Jenice Lee

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Jenice Lee telah memfailkan saman terhadap Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai atas tuduhan memfitnah beliau.

Lee memfailkan saman berkenaan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Michael Wong Chamber.

Dalam pernyataan tuntutannya, Jenice mendakwa pada 23 April 2013, iaitu pada hari ketiga kempen Pilihan Raya Umum ke-13, Tan mengadakan sidang akhbar di Taman Muda, DUN Teratai, yang dihadiri media serta penduduk di kawasan itu telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya.

Beliau berkata kenyataan itu termasuk tuduhan salah laku plaintif semasa menjadi ADUN Teratai termasuk penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah.

Jenice mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Tan yang juga merupakan pengerusi jawatankuasa disiplin DAP itu juga telah diterbitkan di akhbar bahasa Cina dan laman internet.

Beliau berkata kenyataan itu telah menghancurkan kedudukan, kewibawaan, integriti dan reputasinya secara peribadi dan dalam arena politik.

Beliau memohon ganti rugi am, teruk, teladan, kos dan suatu perintah injunksi menghalang defendan secara peribadi atau melalui ejen-ejennya daripada terus mengulangi kenyataan fitnah itu.

Artikel Lain