90 Peratus Muka Baharu Terajui Ketua Puteri Umno Negeri - Mas Ermieyanti - Semasa | mStar

90 Peratus Muka Baharu Terajui Ketua Puteri Umno Negeri - Mas Ermieyanti

MELAKA: Pergerakan Puteri Umno akan melantik 90 peratus muka baharu untuk jawatan Ketua Puteri Umno Negeri, kata ketua pergerakan itu, Mas Ermieyanti Samsudin.

Beliau berkata, ini berikutan hampir kesemua calon yang memenangi jawatan Ketua Puteri di peringkat bahagian pada pemilihan Umno baru-baru ini terdiri daripada muka baharu.

Katanya, hanya dua Ketua Puteri negeri iaitu Norasimah Md Nowar di Kedah dan Norwahida Patuan (Kelantan) mengekalkan jawatan Ketua Puteri di peringkat bahagian masing-masing.

Mas Ermieyanti berkata, beliau kini sedang dalam proses bertemu Pengerusi Badan Perhubungan Umno di setiap negeri bagi berbincang dan mengenal pasti calon terbaik menerajui pergerakan itu di negeri masing-masing.

"Kedah dan Kelantan saya belum bincang (dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno), saya tak pasti (mengekal kepimpinan atau muka baharu)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah di sini, Sabtu.

Mas Ermieyanti berkata pada masa ini, pergerakan itu memberikan tumpuan penuh bagi membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, 4 November ini. - BERNAMA

Artikel Berikut

Anwar Tolak Cadangan Laksana GST

Artikel Berkaitan

default image

Nik Amar Cabar Mat Sabu

default image

Polis Edar Gambar Suspek Culik Freddie

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.