suria

Dua Lelaki Ditahan Tidak Bawa Abu Mayat Chin Peng - Zahid

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan bahawa dua lelaki yang ditahan di lapangan terbang Bayan Lepas membawa abu mayat pemimpin komunis, Chin Peng.

"Apabila polis mendapati bahawa mereka hanya membawa buku mengenai Chin Peng, mereka dibebaskan. Mreka tidak ditahan tetapi disiasat," katanya.

Pada sidang media di Dewan Rakyat, Zahid berkata, tiada operasi khas untuk menghalang penjualan buku mengenai Chin Peng.

"Saya akan meneliti undang-undang penerbitan dan berunding dengan jabatan berkaitan. Setakat ini tiada sebarang sekatan. Kita bukannya kejam," kata beliau.

Zahid turut berkata bahawa kementerian tidak mempunyai hak untuk menghalang sesiapa untuk membawa masuk abu mayat Chin Peng tetapi tindakan hanya akan diambil sekiranya pengebumian atau memorial dilakukan.

Dilaporkan dua lelaki tiba di lapangan terbang pada pukul 9.55 malam pada Selasa menggunakan penerbangan Thai Airways.

Bagasi mereka ditahan dan polis membawa mereka ke balai polis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain