Teo Masih Lagi Anggota Kabinet Sabah - Musa Aman - Semasa | mStar

Teo Masih Lagi Anggota Kabinet Sabah - Musa Aman

KOTA KINABALU: Kedudukan Datuk Teo Chee Kang dalam kabinet negeri tidak terjejas berikutan pemecatan beliau sebagai setiausaha agung Parti Liberal Demokratik (LDP).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman berkata, Teo kekal sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas dan keputusan Presiden LDP, Datuk V.K. Liew untuk menggugurkan beliau daripada jawatan dalam parti merupakan urusan parti yang tidak melibatkan kerajaan.

"Ini merupakan urusan dalaman parti. Tetapi sebagai pengerusi Barisan Nasional negeri, saya berharap mereka dapat menyelesaikan perkara itu secara berdamai untuk kebaikan parti. Apa yang lebih penting adalah anggota-anggota parti kekal bersama," kata Musa kepada pemberita di Rumah Terbuka Hari Raya Jabatan Ketua Menteri di sini, Rabu.

Liw, yang berhadapan dengan kemungkinan dicabar kedudukannya sebagai presiden parti oleh Teo dan seorang lagi naib presiden parti, Datuk Pang Nyuk Ming, memecat Teo sebagai setiausaha agung kerana gagal mematuhi arahan Majlis Tertinggi parti yang memutuskan bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden tidak akan dipertandingkan dalam pemilihan parti pada bulan lepan.

Tindakan itu menggemparkan di kalangan pemimpin parti, dengan timbalan presiden, Datuk Chin Su Phin yang tampil mengkritik Liw mengenai pemecatan Teo.

Lebih dua pertiga daripada anggota mahlis tertingi parti membidas pemecatan itu dan menggesa supaya mesyuarat tergempar bagi majlis tertinggi perlu diadakan bagi membincangkan isu berkenaan.

Pang, yang merupakan pembantuan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, merupakan yang pertama menyuarakan hasrat untuk bertanding dalam jawatan presiden.

Beliau masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai sama ada akan meneruskan hasrat untuk bertanding dalam jawatan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain