Che Mat Tamat Kontrak Pengarah Jawi Hari Ini - Semasa | mStar

Che Mat Tamat Kontrak Pengarah Jawi Hari Ini

Che Mat Che Ali.
Che Mat Che Ali.

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali tamat tempoh perkhidmatan kontraknya berkuat kuasa pada Selasa.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, Che Mat telah berkhidmat dengan kerajaan kira-kira 35 tahun bermula sebagai Penolong Pengarah Penyelidikan Islam di Jabatan Perdana Menteri pada 1978.

Beliau menyandang jawatan Pengarah Jawi sejak 23 Februari 2005 hingga sekarang.

"Urusan pemangkuan dan pengganti beliau sedang dalam perakuan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Komitmen padu, kredibiliti serta sumbangan Che Mat khususnya dalam menerajui Jawi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sememangnya amat dihargai, menurut Othman. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel