Atlet Wanita P.Pinang Tidak Dibenar Sertai Sukma Jika Tiada Jaminan Keselamatan - Guan Eng - Semasa | mStar

Atlet Wanita P.Pinang Tidak Dibenar Sertai Sukma Jika Tiada Jaminan Keselamatan - Guan Eng

GEORGE TOWN: Atlet wanita dari Pulau Pinang mungkin tidak akan dibenarkan mengambil bahagian pada Sukan Malaysia (Sukma) pada masa hadapan sekiranya keselamatan mereka tidak terjamin, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Selasa.

Beliau berkata, siasatan bebas harus dijalankan terhadap insiden rogol yang berlaku ketika temasya sukan itu.

"Ini untuk memastikan insiden memalukan itu tidak berulang lagi atau Pulau Pinang mungkin mempertimbangkan untuk tidak menghantar atlet wanitanya pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Lim berkata, kerajaan negeri mahu satu jaminan keselamatan daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan tindakan yang akan diambil ke atas mereka cuai dalam menitikberatkan aspek keselamatan di Universiti Putra Malaysia.

"Jika Khairy gagal memberikan jaminan sedemikian, maka kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk tidak menghantar atlet wanita pada sukan tersebut," katanya.

Lim berkata terdapat beberapa aduan mengenai aspek keselamatan yang longgar di tempat penginapan atlet wanita walaupun pegawai kementerian dan penganjur Sukma memberi jaminan aspek keselamatan amat dititikberatkan.

"Jelas sekali aspek keselamatan diabaikan dan oleh itu insiden rogol yang memalukan itu boleh berlaku. Jenayah seperti itu bukan saja menjejaskan imej Sukan Sukma tetapi reputasi sukan Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.