suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Sahabat Maut, Seorang Cedera Kemalangan Di Lebuh Raya Persekutuan

SHAH ALAM: Tiga sahabat maut manakala seorang cedera selepas kereta yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Km 14.5 Lebuh Raya Persekutuan menghala Kuala Lumpur, dekat sini Ahad.

Insiden 5.30 pagi itu menyebabkan pemandu Perodua Viva, Adam Abdul Rahman yang berasal dari Muar, Johor dan dua rakannya, Ameer Asyraf Sulaiman (Jasin, Melaka) dan Nurul Maizura Maidan Dali (Labuan, Sabah) meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Trafik Daerah Shah Alam, DSP Ruslan Abdullah ketika dihubungi berkata seorang lagi rakan mereka, Nurfarina Mokhtar berasal dari Kelantan, yang merupakan penumpang di bahagian hadapan hanya cedera ringan.

"Mayat Adam, Ameer dan Nurul Maizura dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk bedah siasat manakala Nurfarina menerima rawatan lanjut di hospital yang sama.

"Kesemua mangsa berusia 18 tahun. Adam, Ameer dan Nurfarina merupakan penuntut di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam manakala Nurul Maizura pula penuntut di Universiti Putra Malaysia, Serdang," katanya.

Ruslan berkata ketika kejadian, keempat-empat sahabat itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari taman tema i-City, di sini ke Kuala Lumpur.

"Berikutan kejadian itu, kesemua mangsa tersepit dalam kereta dan kita (polis) terpaksa meminta bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam untuk mengeluarkan mangsa.

"Polis sedang menyiasat punca sebenar kemalangan...sama ada ia disebabkan kecuaian pemandu atau berpunca dari (kerosakan) kenderaan tersebut," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain