Manifesto BN P.Pinang Janjikan Pertumbuhan Ekonomi - Semasa | mStar

Manifesto BN P.Pinang Janjikan Pertumbuhan Ekonomi

GEORGE TOWN: Manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri Pulau Pinang menjanjikan pertumbuhan ekonomi yang akan memakmur dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat, kata Pengerusi BN Negeri, Teng Chang Yeow.

Ia merangkumi semua aspek dengan memberi penekanan kepada pertumbuhan ekonomi yang bakal menjadi enjin baharu kepada Pulau Pinang selain sektor pembuatan yang menjadi penyumbang kepada ekonomi, jelasnya kepada pemberita selepas melancarkan manifesto tersebut di sini malam Khamis.

Manifesto yang menggariskan 19 teras utama dan 26 aku janji itu bertemakan 'Pulau Pinang Yang Unggul'.

Teng berkata pertumbuhan ekonomi tidak boleh lagi bergantung hanya kepada sektor pembuatan, sebaliknya memerlukan enjin pertumbuhan ekonomi yang baharu, bagi mengelak Pulau Pinang berdepan kemelesetan ekonomi yang serius.

"Enjin pertumbuhan ekonomi baharu yang dikenal pasti ialah dalam sektor pelancongan dan perkhidmatan, berikutan kedudukan strategik Pulau Pinang di kawasan segi tiga emas yang turut meliputi selatan Thailand dan utara Sumatera.

"Sebuah kerajaan yang bertangungjawab harus menggariskan dasar pembangunan ekonomi dan bukannya secara ad-hoc," katanya. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain