DAP Mahu Dominasi Kuasa - Tun M - Semasa | mStar

DAP Mahu Dominasi Kuasa - Tun M

POKOK SENA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata DAP merupakan sebuah parti yang hanya memperjuangkan nasib satu kaum tanpa mengambil kira kepentingan bersama.

Menurutnya, DAP dilihat mahu menghapuskan konsep perkongsian kuasa yang menjadi amalan di negara ini sejak sekian lama.

Malah menurut Dr Mahathir, DAP mahu mendominasi hak dan kekayaan negara dengan mencetuskan kebencian kaum lain terhadap orang Melayu.

"Mereka tak suka orang Melayu berkongsi, sebaliknya dia nak dominasi, dia nak jadi pemerintah.

"Dengan itu dia berhujah kononnya tidak ada keadilan dalam negara kita dan kononnya semuanya dibolot oleh Melayu...dia kata orang Cina dan India tak dapat.

"Tujuannya supaya orang lain bencikan Melayu dan dengan itu akan undi mereka dan dapat kemenangan. Ini bukan untuk kebaikan sesiapa, tapi kebaikan diri mereka sahaja," katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Rakyat di sini, Ahad malam.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata penghijrahan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah di Johor menjadi bukti kepada matlamat utama parti itu.

Katanya, kehadiran Lim di Johor bertujuan memecah-belahkan hubungan baik antara masyarakat Melayu, Cina dan India di negeri itu.

"Sekarang ini Kit Siang masuk di kawasan majoriti Cina. Tujuannya masuk ke sana untuk hentikan sokongan orang Cina kepada BN.

"Dia bawa cerita kononnya kerajaan BN bagi semua peluang kepada Melayu dan abaikan kaum lain. Ini pendekatan DAP untuk bangkit kebencian antara kaum," katanya.

Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata, pendekatan itu berbeza dengan amalan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan konsep perkongsian kuasa dengan semua kaum di negara ini.

Jelasnya, keanggotan 14 parti komponen yang mewakili pelbagai kaum dalam BN menjadi bukti parti itu tidak meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.

"Saya angkat topi kepada orang Cina, mereka memang baik, kalau tak kerana mereka, negara kita pun tak maju.

"Kita tahu bahawa MCA dan Gerakan....mereka rela berkongsi kuasa dengan Melayu," katanya.

Artikel Sebelum

BN Tampil 31% Calon Profesional, Ulama

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain