suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita BN Tubuh Pasukan Petugas Pantau Polisi 30 Peratus Wanita Pembuat Keputusan

KUALA LUMPUR: Wanita Barisan Nasional (BN) akan mewujudkan sebuah pasukan petugas bagi memantau pelaksanaan polisi 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pasukan itu akan beroperasi bermula 2 Januari ini.

Diharapkan di bawah polisi yang diluluskan kabinet pada 27 Jun 2011 itu lebih ramai wanita dilantik sebagai pengerusi dan anggota lembaga pengarah syarikat yang disenarai di bursa saham, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat korporat lain, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

"Selain daripada Program Pengarah Wanita, saya menggesa syarikat korporat memberi peluang kepada lebih ramai wanita yang mempunyai pengalaman, bakat dan potensi untuk dilantik di tempat pembuat keputusan dan peringkat tertinggi sektor korporat. "Saya harap wanita yang tidak dapat menyertai Program Pengarah Wanita tidak akan kecewa kerana Wanita BN akan terus memperjuangkan isu ini sepertimana Wanita BN memperjuangkan polisi 30 peratus wanita di tempat pembuat keputusan," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain