suria

Kelantan Senarai Calon Sertai Jawatankuasa Khas Kaji Royalti Minyak

KOTA BARU: Kerajaan Kelantan sedang memuktamadkan senarai nama yang akan dikemukakan kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang akan menentukan siapa yang akan mewakili negeri dalam jawatankuasa khas untuk mengkaji semula royalti minyak yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan menyatakan sama ada individu tersebut adalah ahli politik, ahli akademik atau pakar.

"Ya ... kita sudah mempunyai orang yang difikirkan untuk mewakili Kelantan dan akan mengemukakan dua atau tiga nama kepada istana Kelantan," katanya.

Nik Aziz enggan mengulas sama ada ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah adalah antara calon-calon yang disenarai pendek.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan skrol diploma kepada pelajar-pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra di Balai Islam, Lundang di sini pada Selasa.

Apabila ditanya mengenai kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bahawa PAS akan akan mencari jalan melaksanakan undang-undang hudud jika Pakatan menang pilihan raya umum, Nik Aziz, yang adalah juga penasihat spiritual PAS menjawab perkara yang paling penting untuk dilakukan ialah menang pilihan raya umum ke-13 .

"Ia adalah sangat penting untuk memenangi pilihan raya umum dulu... pastikan ia adalah sebuah gerakan Islam yang menang, ia mungkin PAS atau Ikhwan Muslimin atau Jemaah Islamiah," katanya.

Kepada soalan lain, Nik Aziz berkata beliau akan memilih untuk meninggalkan nasib bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa kepada majlis syura.

Artikel Lain