suria

ADUN Teluk Air Tawar Tidak Bertanding Semula Dalam PRU-13

Jahara Hamid.
Jahara Hamid.
Jahara Hamid.

BUTTERWORTH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid berkata, beliau tidak akan bertanding semula dalam pilihan raya akan datang, dan akan memberi laluan kepada darah muda.

Jahara yang berusia 61 tahun, dan mempunyai dua anak lelaki serta enam cucu, berkata beliau bersedia untuk melepaskan jawatannya sekarang apabila tempohnya berakhir.

“Saya sudah bersedia untuk bersara dan membantu melatih beberapa calon muda yang berpotensi untuk menggantikan saya. Ia terpulang kepada pucuk pimpinan untuk menggantikan saya.

“Kami mahu mempunyai satu pasukan yang baik (dengan calon-calon Barisan Nasional-BN di Pulau Pinang), dan saya bersedia untuk melepaskannya,” katanya kepada para pemberita di rumah terbuka Hari Raya di Taman Robina, Teluk Air Tawar di sini, Selasa.

Jahara berkata, beliau tidak percaya “memegangnya selama-lamanya” bagi kedudukan itu, sambil menambah beliau sudah pun membuat keputusan untuk bersara, dalam separuh tempoh lima tahunnya.

Menurut Jahara, beliau mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga dan memberi perhatian kepada kerja-kerja oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Jahara, yang mulai aktif dalam politik sejak tahun 1983, berkhidmat dalam dua tempoh sebagai exco negeri yang bertanggungjawab terhadap Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Keluarga, Wanita, Belia dan Sukan.

Beliau merupakan ADUN-BN kedua yang tidak bercadang untuk bertanding semula dalam pilihan raya akan datang, selepas ketua pembangkang negeri, ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim.

Artikel Lain