suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

DAP Sentiasa Menentang Tindakan Lompat Parti - Karpal

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, parti itu sentiasa menentang tindakan melompat parti.

Beliau berkata, tindakan itu adalah satu perkara yang serius kerana melibatkan pengkhianatan anggota Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang dipilih rakyat.

"Anda tidak boleh mengambil tindakan sendiri yang bertentangan dengan kehendak rakyat dan DAP tidak akan bertolak ansur dengan tindakan melompat parti," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Karpal juga berkata, DAP berharap pilihan raya umum akan datang adalah bersih dan calonnya juga bersih serta tidak mengkhianati rakyat.

Beliau berkata, mahkamah telah mengisytiharkan bahawa tindakan melompat parti tidak menyalahi undang-undang namun melanggar hak perlembagaan untuk kebebasan berpersatuan. - BERNAMA

Artikel Lain