suria

34 Suspek Ditahan Curi Aset SESB

KOTA KINABALU: Meskipun berdepan kesukaran memantau premis membekal elektrik di seluruh negeri ini, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menerusi pasukan polis tambahannya, menahan 34 suspek ketika mereka mencuri aset syarikat itu sejak 2009.

Pengarah Urusannya, Ir Abdul Razak Sallim berkata petugas khas SESB itu telah mempertingkatkan usaha pengawasan mereka bagi membendung gejala tersebut. "Petugas kami sentiasa melakukan pemeriksaan di kawasan yang paling terdedah," katanya dalam satu kenyataan padaq Sabtu.

Abdul Razak berkata sejak September 2009, SESB menerima aduan sebanyak 41 kes berhubung kecurian aset, iaitu 18 bagi tempoh September 2009-Ogos 2010, 16 (September 2010-Ogos 2011) dan 7 (September 2011-Februari 2012). "Kebanyakan suspek yang ditahan terlibat dalam aktiviti penyeludupan diesel (dari stesen janakuasa SESB) dan mencuri kabel elektrik di dalam kawasan premis kami.

"SESB mengakui semua kejayaan ini disebabkan hubungan serta kerjasama erat dengan sekutu kami. "Kami juga mengadakan sentiasa menjalankan rondaan serta pengawasan tepat pada masanya di premis (pencawang) kami," katanya.

Abdul Razak berkata pasukan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Tenaga dan ramai orang awam yang prihatin juga banyak membantu SESB menangani masalah ini.

Beliau berkata di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, terdapat kira-kira 20,000 pencawang dan setiap satu membekalkan elektrik kepada kira-kira 50 rumah di sesuatu kawasan. -BERNAMA

Artikel Lain