Jangan Gadaikan Prinsip Agama, Bangsa Demi Politik - Ahmad Zahid - Semasa | mStar

Jangan Gadaikan Prinsip Agama, Bangsa Demi Politik - Ahmad Zahid

BAGAN DATOH: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan golongan yang baru berjinak dengan politik supaya tidak terlalu ghairah menonjolkan sesuatu idea sehingga menggadaikan prinsip agama, bangsa dan perlembagaan parti yang disertai mereka.

Beliau berkata biar apa pun parti politik yang disertai, tidak ada kompromi dalam tiga perkara berkenaan.

"Jangan terlalu ghairah untuk menonjolkan sesuatu idea yang kononnya bernas dan akhirnya dapat bencana daripada buah pemikiran yang di luar daripada lunas-lunas badan politik partinya sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Mega 1Malaysia Parlimen Bagan Datoh di sini, Sabtu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefli Ahmad bahawa PAS bersedia menerima pemimpin bukan Islam bagi mengisi jawatan timbalan presiden sekiranya keadaan memerlukan.

Bagaimanapun, Dzulkefli yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor dalam blognya mendakwa ada pihak yang memanipulasi kenyataannya itu pada Wacana "Mengapa Undi Melayu Pecah" anjuran Sinar Harian dari Kumpulan Karangkraf pada 28 Feb lepas.

Ahmad Zahid berkata perlembagaan PAS sendiri jelas menggariskan bahawa prinsip utama mereka ialah menegakkan sebuah kerajaan Islam.

"Bagaimana pula PAS boleh menerima orang bukan Melayu dan juga bukan beragama Islam dilantik sebagai timbalan presiden parti," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain