Kehadiran PKR Di Tambun Tulang Tidak Gugat BN:Shahidan - Semasa | mStar

Kehadiran PKR Di Tambun Tulang Tidak Gugat BN:Shahidan

KANGAR: Kehadiran ranting Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Dewan Undangan Negeri Tambun Tulang baru-baru ini tidak menggugat kedudukan Barisan Nasional di situ, kata Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan itu, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau berkata walaupun PKR cuba menampakan keyakinan bahawa mereka boleh mendapatkan sokongan, namun laluan kepada pembangkang menguasai kawasan itu bukannya mudah.

Bercakap kepada pemberita selepas menerima 102 borang menjadi anggota Umno di Kampung Seri Gelam dekat sini, beliau berkata, banyak anggota PKR telah melangkah kaki kepada Umno.

Shahidan, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis berkata, tinjauan mendapati bilangan yang menyertai PKR di Tambun Tulang adalah amat kecil dan bukannya 200 orang seperti yang didakwa oleh parti itu.

Baru-baru ini, PKR mendakwa 200 orang termasuk bekas anggota Umno telah menyertai parti itu yang rantingnya telah diwujudkan di kawasan Tambun Tulang.

Shahidan berkata beliau mempunyai bukti bahawa ada anggota Umno yang telah disenaraikan sebagai anggota anggota baru PKR sebenarnya tidak menyedari namanya digunakan.

Mengenai kedudukan hampir 26,000 penduduk Perlis yang berumur 21 tahun ke atas belum mendaftar sebagai pemilih, beliau berkata, usaha drastik perlu dilakukan kerana kebanyakan mereka adalah penyokong kerajaan.

Beliau berkata langkah yang telah dijalankan pada masa ini ialah menjemput Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka kaunter pendaftaran dalam apa jua program yang dianjurkan oleh kerajaan dan parti komponen BN. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain