Pengusaha Kenderaan Wajib Tukar Lesen Pengendali Mulai 31 Januari Depan:SPAD - Semasa | mStar

Pengusaha Kenderaan Wajib Tukar Lesen Pengendali Mulai 31 Januari Depan:SPAD

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mewajibkan semua operator perkhidmatan kenderaan awam di negara ini menukar lesen kenderaan mereka kepada Lesen Pengendali yang akan dikuatkuasakan mulai 31 Jan tahun depan.

Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata perubahan itu dibuat untuk memudahkan urusan operasi kira-kira 90,000 operator perkhidmatan kenderaan awam dan barangan selaras dengan peruntukan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Beliau berkata lesen kenderaan sebelum ini dikeluarkan mengikut bilangan kenderaan yang dimiliki oleh seseorang pengusaha, namun melalui sistem terbaru ini, hanya satu sahaja lesen pengendali dikeluarkan kepada setiap operator.

"Langkah ini akan memudahkan operator kerana mereka tidak perlu memohon lesen bagi setiap kenderaan yang dimiliki, sebaliknya hanya perlu mohon satu lesen untuk semua kenderaan yang ada," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan operator perkhidmatan kenderaan awam dan kenderaan barangan bagi Wilayah Persekutuan dan Selangor di sini, Jumaat.

Syed Hamid berkata lesen baru itu akan diguna pakai kepada semua jenis bas, teksi, lori dan treler ataupun kenderaan motor yang digunakan sebagai pengangkutan barangan.

Beliau mengingatkan bahawa operator yang tidak memiliki lesen terbabit selepas tarikh ia dikuatkuasakan dianggap beroperasi secara haram.

"SPAD sudah ada senarai pengusaha dan kita daftarkan mereka secara automatik. Mereka yang tiada dalam senarai kita dianggap sudah tidak aktif dan tidak menjalankan operasi," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pengusaha Kolam Ikan Ditemui Mati Di Tepi Kolam

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain