suria

DAP: Bukan Melayu Tiada Cita-Cita Jadi Perdana Menteri

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tidak ada seorang pun pemimpin bukan Melayu yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri kerana rakyat Malaysia menerima realiti politik di mana jawatan tersebut harus disandang oleh pemimpin berbangsa Melayu.

Lim menambah, ura-ura untuk meminda Perlembagaan Persekutuan agar membenarkan orang Melayu sahaja menjadi Perdana Menteri adalah tidak diperlukan dan akan bersifat perkauman kerana menganggap rakyat bukan Melayu sebagai kelas kedua.

“ Selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu, kononnya DAP menjadi pengancam kepada hak dan kepentingan mereka,” katanya dalam satu kenyataan media yang disiarkan oleh MalaysiaKini.

Beliau juga berkata, jawatan Perdana Menteri dan timbalannya serta Menteri Besar dan Ketua Menteri juga disandang oleh orang Melayu kecuali di Pulau Pinang.

Beliau juga dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pemimpin DAP seperti bapanya, Lim Kit Siang dan dirinya sebagai cauvinis Cina sebagai tidak lojik kerana DAP berjuang untuk semua rakyat Malaysia dan terbuka kepada semua bangsa.

“Muhyiddin dengan mudah juga telah lupa bahawa saya telah dipenjarakan dan kehilangan kerusi parlimen kerana memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol,” katanya. - MalaysiaKini.

Artikel Sebelum

YDP Sarawak Dilantik Semula

Artikel Berikut

Artikel Lain