Kurang Kemudahan Punca SRS Tidak Aktif - Chor - Semasa | mStar

Kurang Kemudahan Punca SRS Tidak Aktif - Chor

ALOR SETAR: Kekurangan kemudahan dan peralatan bagi melengkapkan aktiviti rondaan menyebabkan sesetengah kumpulan Skim Rondaan Sukarela (SRS) tidak aktif dan tidak dapat menjalankan tugas dengan baik di kawasan perumahan mereka.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, kumpulan SRS tidak mempunyai dana kewangan yang mencukupi untuk menyediakan kemudahan serta peralatan untuk menjalankan rondaan dengan lebih kerap.

"Saya percaya di kawasan Rukun Tetangga (RT) yang dipimpin oleh Adun Barisan Nasional (BN) sudah pasti mereka telah mendapat peruntukan kewangan yang cukup bagi melaksanakan tugas tersebut.

"Namun bagi sesetengah kawasan yang ditakluk pakatan pembangkang dan tidak aktif menjalankan rondaan SRS, saya akan kemukakan masalah tersebut di Parlimen bagi membolehkan kerajaan pusat menyumbang sedikit peruntukan kewangan," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Katanya, di Kedah terdapat 142 kumpulan SRS yang dianggotai lebih 4,000 anggota yang melaksanakan tugas bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan kawasan perumahan masing-masing daripada berlaku jenayah.

"Saya berharap lebih ramai masyarakat di negeri ini menyertai anggota SRS di kawasan masing-masing bagi membanteras dan mengurangkan kegiatan jenayah di kawasan perumahan mereka," kata Chor.

Selain itu beliau berkata, penglibatan anggota SRS menyertai Pasukan Khas Sukarelawan Rukun Tetangga (PKS-RT) dilihat usaha terbaik untuk memberi perkhidmatan membantu mangsa bencana alam seperti banjir yang berlaku di negeri ini.

Pasukan PKS-RT itu terdiri daripada 33 anggota SRS dan mendapat latihan khas oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beberapa agensi terlibat sebagai persediaan melaksanakan tugas dengan lebih baik.

Malam tadi, Chor bersama anggota SRS Taman Wira Mergong dekat sini melakukan rondaan di kawasan perumahan tersebut bagi meninjau sendiri aktiviti rondaan oleh SRS selain mengenal pasti masalah yang dihadapi mereka.

Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada 10 kawasan RT dalam kawasan Parlimen Alor Setar yang beliau selaku wakil rakyatnya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Lelaki Cedera Dan Kerugian RM20,000 Disamun

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain