suria

Malaysia Raih Kerusi Dalam World Heritage Committee 2011

KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya meraih kerusi dalam World Heritage Committee 2011 (WHC) setelah diumumkan dalam Perhimpunan Agong Convention for the Protection of the World Cultural and Natural Heritage yang berlangsung pada Ahad di pejabat UNESCO, Paris.

WHC merupakan sebuah jawatankuasa paling berprestij di peringkat UNESCO.

Ia dianggotai oleh 21 negara yang berperanan sebagai sebuah badan menilai serta menyenaraikan tapak warisan dunia.

Kejayaan Malaysia diraih selepas 96 negara anggota UNESCO mengundi secara rahsia di ibu pejabat badan itu pada Ahad.

Malaysia diwakili oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam pertandingan tersebut.

Pemilihan keanggotaan WHC diadakan setiap dua tahun sekali dan sebanyak 2 negara telah bertanding pada tahun ini.

Namun hanya sembilan buah negara berjaya mengisi kekosongan kerusi WHC pada tahun ini.

Selain, Malaysia lapan negara lain terdiri daripada Jepun, Algeria, Jerman, India, Serbia, Sebegal, Qatar dan Colombia.

Keahliaan setiap negara adalah untuk tempoh empat tahun bermula pada 2012.

Ini merupakan kali pertama Malaysia bertanding setelah 23 tahun menjadi negara anggota kepada konvensyen berkenaan sejak 7 Disember 1988.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain