suria

Azizan Mahu PBT Wujudkan Klinik Undang-Undang

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), khususnya Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mewujudkan Klinik Undang-undang sebagai pusat aduan rakyat mengenai masalah berkaitan PBT.

Beliau berkata untuk mewujudkan pusat berkenaan, pihak PBT perlu menjalin kerjasama dengan mana-mana universiti kerana institusi berkenaan mempunyai kepakaran mengenai undang-undang.

"Kalau di luar negara, Law Clinic (Klinik Undang-undang) ini diwujudkan dengan kerjasama universiti untuk menerima aduan daripada orang ramai mengenai masalah yang dihadapi (berkaitan PBT)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Bandar Sejahtera di sini, Isnin.

Katanya, pusat berkenaan akan bertindak sebagai 'penapis' setiap aduan sebelum ia dibawa untuk tindakan undang-undang selanjutnya, kerana tidak semua perkara yang dilaporkan benar-benar relevan.

Beliau berkata bagaimanapun ia terpulang kepada Datuk Bandar MBAS tentang bagaimana ingin melaksanakannya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain