Belia India Diingat Tidak Sokong Hindraf - Semasa | mStar

Belia India Diingat Tidak Sokong Hindraf

TEMERLOH: Kaum India khususnya golongan belia diingatkan agar tidak mengikut emosi dan bertindak melulu menyokong pertubuhan haram Barisan Bertindak Hak Hindu (HINDRAF).

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ia bukan sahaja mengancam keharmonian negara malah akan mewujudkan satu persepsi baru yang negatif kepada masyarakat India jika semakin ramai di kalangan mereka menyokong tindakan Hindraf.

"Pandangan orang luar terhadap kaum India setakat ini tidak mengatakan semua mereka menyokong Hindraf tetapi kalau semakin ramai yang menyokong pertubuhan itu, ia akan memberi pandangan negatif kepada keseluruhan kaum berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan peralatan sukan dan sembang-sembang belia di Kampung Telok Sentang, di sini, Isnin.

Semalam, seramai 109 orang termasuk lapan pemimpin kanan Hindraf dan Hak Asasi Manusia (HRP) ditahan polis kerana berdemonstrasi secara haram bagi membantah novel Interlok di ibu negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap tindakan Hindraf mengadakan demonstrasi itu semata-mata untuk memburukkan Malaysia melalui media antarabangsa.

Ahmad Shabery berkata, Hindraf sebenarnya memperjuangkan isu perkauman yang tidak ada asas.

"Hindraf kata ada berlaku pembunuhan beramai-ramai di negara ini dan nak samakan dengan di Bosnia dan ini diuar-uarkan satu ketika dulu di luar negara dan ada orang percaya.

"Mereka juga mengatakan bahawa di sini berlaku penghapusan kuil tetapi semua orang tahu kuil-kuil berada di mana-mana malah kerajaan negeri di bawah pembangkang turut berhadapan realiti ada dua tiga kuil yang tidak ikut peraturan dan perlu diuruskan dengan peraturan dan undang-undang yang ada," katanya.

Justeru, Ahmad Shabery berharap kaum India perlu lebih rasional dan tidak terikut-ikut dengan fahaman ekstremis Hindraf untuk hidup dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain