suria

KJ Terima Sayap Penerjunan

Khairy Jamaluddin. - Foto THE STAR Oleh G.C. TAN
Khairy Jamaluddin. - Foto THE STAR Oleh G.C. TAN
Khairy Jamaluddin. - Foto THE STAR Oleh G.C. TAN

KUALA NERANG: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pada Khamis menerima tauliah sayap askar payung terjun (paratrooper) selepas berjaya menamatkan latihan asas intensifnya di sini.

Latihan tersebut mengambil masa lima minggu untuk ditamatkan.

“Saya sentiasa menaruh minat untuk mencuba latihan payung terjun apabila ada kesempatan untuk meningkatkan skil saya sebagai seorang anggota tentera," kata Khairy yang juga ahli parlimen Rembau pada sesi tamat latihan peringkat pertama penerjunan statik 79 anggota di Kem Padang Sanai, dekat sini.

Khairy menerima sayap penerjunannya daripada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga bapa mertuanya.

Turut hadir ialah Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Datuk Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, isteri Khairy, Nori Abdullah dan dua orang anak lelakinya Jibrail Ali, 3, dan Timor Abdullah, 2.

Khairy, berjaya menamatkan lapan terjunan sepanjang latihan berkenaan. Beliau sebelum ini telah pun menamatkan latihan asas ketenteraan di bawah Batalian Askar Wataniah tahun lepas.

Dalam pada itu, Abdullah turut menyatakan rasa terkejutnya apabila Khairy memaklumkan yang beliau berhasrat untuk menjalani latihan payung terjun.

Bagaimana pun beliau yakin, latihan ketenteraan akan menjadikan Khairy seorang warganegara dan manusia yang lebih matang dan baik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain