suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 Keluarga Kehilangan Tempat Tinggal Akibat Kebakaran

TAWAU: Sepuluh keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah papan mereka di Batu 24, Inderasabah di sini musnah dalam kebakaran malam Jumaat.

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Albert Jiran Tanjung berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira 9.34 malam.

Katanya sebuah jentera bomba dengan 10 orang anggota yang dikejarkan ke lokasi kejadian berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah-rumah bersebelahan kira-kira setengah jam kemudian.

Api hanya berjaya dipadam sepenuhnya pada kira-kira 12.45 tengah malam berikutan keadaan rumah yang terletak begitu rapat antara satu sama lain, katanya.

Beliau berkata jumlah anggota keluarga yang terbabit dalam kejadian itu masih belum dikenal pasti.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain