suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agong Serah Watikah Pelantikan Lima Duta Dan Pesuruhjaya Tinggi

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Isnin menyerahkan watikah pelantikan kepada lima orang Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang baru.

Mereka terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada Datuk Hayati Ismail, Pesuruhjaya Tinggi ke Brunei Darussalam Datuk Abdullah Sani Omar, Duta Besar ke Laos, Than Tai Hing, Duta Besar ke Qatar, Ahmad Jazri Mohd Johar, dan Duta Besar ke Ukraine Chuah Teong Ban.

Upacara diadakan di Istana Negara di sini.

Turut hadir Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay. - BERNAMA

Artikel Lain