Kenyataan Wan Azizah Memalukan Orang Melayu- Nik Sapeia - Semasa | mStar

Kenyataan Wan Azizah Memalukan Orang Melayu- Nik Sapeia

KUALA KRAI: Parti Progresif Penduduk (PPP) menganggap kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang hendak membubarkan hak ketuanan Melayu sebagai memalukan kerana parti itu sendiri mengakui hak orang Melayu di negara ini.

Naib Presiden PPP, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof berkata disebabkan mereka dipengaruhi oleh kedudukan dan memburu pangkat sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai cita-cita itu.

"Kalau PPP yang didokongi oleh pelbagai kaum tidak mempertikai hak orang Melayu di negara ini, adalah pelek PKR yang baru setahun jagung ditubuhkan cuma mempertikai hak orang Melayu, ini memalukan orang Melayu," katanya kepada Bernama mengulas kenyataan Dr Wan Azizah minggu lepas berhubung hak ketuanan Melayu di negara ini di sini, Khamis.

Nik Sapeia berkata sepatutnya PKR memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu sejajar dengan kepimpinan parti itu didominan oleh orang Melayu termasuk Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyentuh cadangan PKR hendak menyerahkan kerusi nombor dua kepada pemimpin DAP apabila memerintah negara selepas pilihan raya umum ke-13, Pengerusi Perhubungan PPP Kelantan itu berkata kenyataan orang kecewa setelah melihat keadaan dalaman parti semakin kucar kacir.

"Setelah orang Melayu sendiri tidak percaya dengan pimpinan mereka, dia pura-pura buat tawaran kepada DAP, tetapi semua orang tahu janji-janji itu untuk gimik sahaja," katanya.

Sementara itu Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Mohamad Abdul Ghani yang dihubungi Bernama berkata PKR tidak sabar dalam membuat kenyataan kerana mengecewakan orang Melayu sendiri.

"Sebagai mewakili bekas-bekas tentera seluruh negara, kesal dengan kenyataan itu dan berharap perkara itu tidak dijadikan modal politik," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain