suria

Pakistan Rayu Sumbangan Rakyat Malaysia Bantu Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Malaysia hari ini merayu rakyat negara ini dan juga warga mereka yang tinggal di sini agar memberi sumbangan bagi membantu kira-kira 3.2 juta mangsa banjir di negara itu.

Pemangku Pesuruhjaya Tingginya di Malaysia Dr Imtiaz A. Kazi berkata walaupun Pakistan telah melancarkan operasi membantu dan menyelamat di kawasan terjejas, namun keadaan bencana terlalu besar dan memerlukan pertolongan masyarakat antarabangsa serta rakyat Pakistan di luar negara.

"Derma boleh dihantar ke Pakistan dalam bentuk wang tunai Pak Rupee menerusi akaun bernombor: 000294-2, kod cawangan 0341, cawangan Sekretariat National Bank of Pakistan di Islamabad, Pakistan.

"Sumbangan juga boleh dihantar menggunakan Dolar US menerusi akaun bernombor: 9901526, kod cawangan 0341 (atau NBPAKKA021) cawangan utama National Bank of Pakistan, di Islamabad, Pakistan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi beliau di talian 03-21614985 atau faks 03-21645958, atau email di [email protected]

Orang ramai juga boleh layari laman web suruhanjaya tinggi itu di www.pahickl.com atau laman web mengenai bencana tersebut di www.ndma.gov.pk.

Kejadian banjir itu yang merupakan bencana terbesar Pakistan dalam tempoh sedekad melanda antaranya Khyber Pakhtonnkhwa, Gilgit-Baltistan, Azad Kashmir, Punjab dan Balochistan, serta telah memusnahkan kira-kira 30,000 rumah dan mengorbankan 1,500 nyawa setakat ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain