suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Parlimen Teluk Intan Beri Keterangan Berhubung Dakwaan Buat Kenyataan Menghasut

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Teluk Intan M. Manogaran hari ini dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubung dua kenyataannya termasuk menuduh Umno menjadi dalang dalam pembakaran gereja di Teluk Intan.

Wakil rakyat daripada DAP itu, yang diiringi peguamnya N. Surendran, memberi keterangan selama satu jam kepada Ketua Siasatan Jenayah Komersil Hilir Perak, ASP Teh Jern Wah, pada 3 petang di Balai Polis Setapak di sini.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, Manogaran menafikan beliau membuat kenyataan itu dan menuntut polis menunjukkan bukti rakamannya.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan itu pada 22 Januari lepas ketika berucap pada ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat di Cenderung Balai, Teluk Intan, Perak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948.

Keterangan beliau diambil berikutan satu laporan yang dibuat oleh seorang anggota polis di Teluk Intan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain