Keluarga Khuatir Gadis Tidak Pulang Dilarikan Orang - Semasa | mStar

Keluarga Khuatir Gadis Tidak Pulang Dilarikan Orang

Loh menunjukkan gambar Michelle Lim Shiau Wei yang dikhuatiri ditipu dan dilarikan pihak tertentu . --fotoBERNAMA
Loh menunjukkan gambar Michelle Lim Shiau Wei yang dikhuatiri ditipu dan dilarikan pihak tertentu . --fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Keluarga seorang gadis, Michelle Lim Shiau Wei, 20, khuatir anak mereka yang tidak pulang sejak Ahad lepas telah ditipu dan dilarikan pihak tertentu.

Wakil Khas Ahli Parlimen Alor Setar, Loh Eng Chong berkata, ibu bapa gadis itu bimbangkan keselamatan anak mereka kerana Michelle seorang yang 'lurus' dan mudah diperdaya kerana sikapnya yang mudah mempercayai orang lain.

Loh berkata Ahad lepas, Michelle telah dihantar oleh ibunya ke tempat kerja di sebuah kedai perabot di Tandop, kira-kira jam 9 pagi.

"Pada pukul 12 tengah hari, ibu Michelle telah menerima panggilan daripada majikan anaknya yang memberitahu dia telah keluar dari tempat kerja kira-kira pukul 11 pagi dan tidak balik semula ke kedai," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Katanya, pada hari Michelle hilang, gadis yang bekerja sebagai kerani di kedai perabot berkenaan memakai seluar jeans dan kemeja-t. Dia setinggi kira-kira 170 sentimeter, berat badan 50 kilogram dan berambut ikal melebihi paras bahu serta berkaca mata.

"Keluarganya memberitahu jika dia ada masalah, baliklah berbincang dan mereka sedia menerimanya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab mengesahkan menerima laporan kehilangan Michelle pada 8.30 malam, 3 Januari lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain